KUCHING : 1 Jun - Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Haji Openg serta isteri YABhg Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang telah hadir dan meraikan sambutan Majlis Ramah Terbuka Gawai Dayak Tahun 2024 bertempat di BCCK.
Majlis juga di hadiri TYT Sarawak, Pehin Sri Tun Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar serta isteri YABhg Toh Puan Datin Seri Fauziah bt Mohd Sanusi bersama barisan menteri, timbalan menteri serta rakyat dari pelbagai lapisan kaum dan agama disambut dengan harmoni dan meriah di mana pada tahun ini penganjuran di bawah kaum Bidayuh.
Selepas di BCCK, beliau dan isteri berkunjung ke kediaman YBhg Datuk Patinggi Tan Sri ( Dr ) Alfred Jabu anak Numpang bertempat di Jalan Wan Alwi.
Kunjungan Hari Gawai Dayak terakhir pada hari ini di kediaman YBhg Datu Dr Lulie Melling di Jalan Arang.